29 April, 2012

BERSIH Harus Elak Anak-Anak Kecil Sertai Demostrasi

Saya merujuk kepada demostrasi yang telah dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (“Bersih”) pada 28 April, 2012 di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur yang menghala ke Dataran Merdeka.

Pihak kami telah mendapati terdapat anak-anak kecil yang telah dibawa untuk mengikuti demostrasi jalan tersebut. Ada di antara anak-anak kecil tersebut yang dianggarkan berumur kurang dari 3 tahun.

Sila lihat video dan gambar dari pautan berikut:-

http://www.youtube.com/watch?v=1Yz8uC4zm2Q [ minit 0.42 ]

http://yfrog.com/odu15mpj

Pemuda Gerakan Kedah mengecam tindakan pihak penganjur Bersih yang tidak mengambil langkah proaktif untuk memastikan orang-orang mereka tidak membawa anak-anak kecil ke demostrasi jalan tersebut.  

Demostrasi jalan tersebut tidak sesuai untuk disertai oleh anak-anak kecil.

Kita telah lihat keadaaan huru-hara yang telah diakibatkan oleh demostrasi Bersih.  

Dalam memperjuangkan apa-apa agenda, Bersih harus berprihatin terhadap keselamatan anak-anak kecil dan anak-anak muda.

Saya berharap penganjur Bersih akan memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi.

18 April, 2012

Section 22A of Mufti & Fatwa (Kedah) Enactment - Another Law Similar To Those in States Under Taliban

I refer to amendments of the Mufti and Fatwa (Kedah Darul Aman) Enactment 2008 passed by the Kedah State Assembly yesterday.

A new section - Section 22A had been inserted in the enactment, which states that a fatwa decided by the mufti or Fatwa Committee, whether gazetted or not, cannot be challenged, appealed, reviewed, denied or questioned in any Civil court or Syariah court.

Kedah Gerakan Youth condemns the latest move by Kedah Pakatan government to enact such a law which undermines democracy and rule of natural justice in the state.

Under the rule of natural justice, any person deserves a right to be heard and appeal against any decision made affecting him or her.

It is also absurd that a fatwa that may affect Kedahans need not be gazetted. So, how would the public know exactly what “fatwa” has been made in Kedah under Pakatan government?

Democracy and rule of natural justice should be accorded to all Kedahans, whether they are Muslim or non-Muslims.

On “fatwa” that may indirectly affects non-Muslim, it is unfair that the matter cannot be challenged in a Civil Court, eventhough it affects them.

For example, if the Pakatan state issues a fatwa to ban Muslim from issuing license for the sale of alcohol based drinks and the local Muslim district officer forced to comply with the fatwa, a non-Muslim, who is affected may not be able to challenge the decision in a Civil Court.

This latest move by Kedah Pakatan government is yet another law similar to those seen in states under Talibans.

As such, Kedah Gerakan Youth demands Pakatan Rakyat national leaders to:-

(1) immediately stop Kedah Pakatan government from implementing the said Section 22A; and

(2) to review the said Section 22A without any further delay.

16 April, 2012

Program Bicara Rakyat RTM Bukan Debat ---- Kalau YB Fuziah Salleh ingin debat, saya tetap sahut

Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen PKR YB Fuziah Salleh yang disiarkan dalam Malaysiakini kelmarin berhubung forum Bicara Rakyat (pada 16 Mac) bagi isu kilang Lynas di Gebeng, Pahang.

Sumber: Malaysiakini, 15 April, 2012
Pautan: http://malaysiakini.com/news/195084

1. Saya merupakan salah satu ahli panel bagi program Bicara Rakyat tersebut bersama YB Fuziah Salleh dengan Ketua Pengarah AELB Raja Abdul Aziz.

2. Program Bicara Rakyat tersebut merupakan suatu Forum bagi membincangkan isu kilang Lynas. Ia bukannya suatu “debat” seperti yang didakwa oleh YB Fuziah Salleh.

3. Sebaliknya, debat antara saya dengan YB Fuziah Salleh tidak pernah diadakan berhubung isu Lynas, walaupun ia pernah dipersetujui oleh beliau dalam bulan Mac, 2012 atas anjuran Anas Zubedy.

Sumber: Blog Penganjur, Anas Zubedy
http://letusaddvalue.blogspot.com/2012/03/yb-fuziah-salleh-tan-keng-liang-debate.html

4. Debat tersebut sebenarnya telah dibatalkan setelah YB Fuziah Salleh tarik diri. Ini adalah selepas pihak penganjur menetapkan kedua-dua pihak perlu membawa seorang pakar sains untuk menyokong pandangan pihak pendebat.

5. Dalam isu RTM masih tidak menyiarkan forum Bicara Rakyat tersebut, saya berpendapat ini adalah keputusan atas budi bicara penganjur.

6. Saya berharap YB Fuziah Salleh tidak lagi mengeluarkan kenyataan prejudis dan tidak berasas terhadap mana-mana pihak dalam forum Bicara Rakyat tersebut untuk kepentingan politik.

7. Namun, sekiranya YB Fuziah Salleh masih ingin berdebat dalam isu Lynas, maka saya tetap menyahut cabaran beliau untuk memberi fakta tepat kepada rakyat.

10 April, 2012

BERSIH 3 DISERU HIMPUN SECARA AMAN DALAM STADIUM

Saya merujuk kepada demostrasi yang akan dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (“Bersih”) pada 28 April, 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perhimpunan tersebut juga dikenali sebagai Bersih 3.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishammuddin Hussein telah mengumumkan perhimpunan Bersih 3 tersebut akan dibenarkan tertakluk kepada pematuhan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Pemuda Gerakan Kedah mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk membenarkan perhimpunan Bersih 3 atas semangat Akta Perhimpunan Aman 2011.

Di dalam sistem demokratik negara kita, Bersih berhak untuk menyuarakan pandangannya dalam apa-apa isu yang ingin diperjuangkan mereka.

Tetapi untuk mengelakkan ketenteraman awam dan kehidupan rakyat terjejas, adalah lebih baik sekiranya Bersih mengadakan perhimpunan Bersih 3 di tempat yang lebih sesuai.

Seperti yang telah dilihat pada tahun sebelumnya, demostrasi sebegini akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar ibu kota, jika diadakan di Dataran Merdeka.

Ini secara tidak langsung akan menyusahkan rakyat di persekitaran dan menjejaskan sumber pendapatan golongan tertentu di kawasan yang terlibat, termasuk industri pelancongan.

Oleh yang demikian, Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan agar pihak penganjur perhimpunan Bersih 3 mengubah tempat perhimpunan tersebut ke dalam sebuah “Stadium”.

Saya berharap penganjur Bersih 3 akan menimbang cadangan untuk adakan perhimpunan tersebut di dalam Stadium SEKIRANYA objektif mereka hanya untuk berhimpun secara aman untuk menyuarakan isu yang diperjuangkan mereka.