22 October, 2010

My Response to MB Kedah - Resolve Problem by Next EXCO Meeting or Further Details Would Be Revealed!

There are times when enough is enough.
Below are the reported statement I made in the Press Conference I made yesterday.

From Bernama
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=537287

ALOR SETAR 21 Okt - Pemuda Parti Gerakan Kedah memberi tempoh kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga Khamis depan bagi menyelesaikan isu berkaitan kuota pemilikan rumah di Kedah.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata sudah banyak sangat helah dilakukan oleh kerajaan negeri berhubung isu tersebut yang telah berlarutan sehingga dua tahun.

"Saya bagi tempoh sehingga Khamis minggu depan untuk Azizan mengumumkan sesuatu yang menggembirakan rakyat.

"Azizan perlu menurunkan apa-apa kuota perumahan kepada 30 peratus atau melaksanakan mekanisma iaitu satu polisi yang membuka penjualan kepada orang ramai selepas enam bulan tarikh jualan dibuka jika perumahan tidak habis dijual," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata Menteri Besar juga perlu membatalkan apa-apa polisi atau apa-apa keputusan daripada mana-mana agensi kerajaan negeri untuk memasukkan kuota bumiputera ke dalam Tanah Simpanan Melayu yang bercanggah dengan Artikel 89 (2) Perlembagaan Persekutuan.

"Ini adalah alternatif yang boleh Azizan gunakan dan jika beliau tidak membuat sesuatu, saya akan membuat satu lagi pendedahan pada Khamis minggu depan.

"Dua tahun bukan satu tempoh yang singkat. Kerajaan Negeri mesti ikhlas selesaikan masalah ini. Jangan bebankan rakyat," kata Tan.

Beliau sebelum ini menyerahkan bukti kepada Menteri Besar berhubung kenaikan kuota perumahan daripada 30 peratus kepada 70 peratus untuk bumiputera di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi kemudiannya menjelaskan bahawa kenaikan peratusan kuota itu adalah atas permintaan pemaju sendiri.