20 February, 2013

Memorandum Kepada Menteri Besar Kedah - Hutang Kerajaan Negeri Hampir RM3 Billion


Tarikh:  20hb Februari, 2013


YAB Dato Seri Azizan Bin Abdul Razak,
Menter Besar Negeri Kedah
Wisma Darulaman,
Alor Star, Kedah



YB Dato Seri,
MEMORANDUM
Hutang Kerajaan Negeri Hampir RM3 Billion

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.


Mengikut Laporan Audit Negara 2011 terkini:-

1          hutang awam oleh kerajaan negeri sudah mencecah RM2.6 billion;

2.         tetapi baki wang tunai kerajaan negeri Kedah hanya tinggal RM193.22 juta.

Hutang awam RM2.6 billion Kerajaan Negeri Kedah adalah setakat 31 Disember 2011.

Melalui siasatan Pemuda Gerakan Kedah, pihak kami mendapati hutang RM2.6 billion tersebut adalah tidak termasuk hutang bagi pembinaan KUIN iaitu sebanyak RM330 juta.

  Hutang Awam Kerajaan Kedah (31 Disember 2011)      RM2.6 billion
           
  Kos pembinaan KUIN melalui pinjaman bank                   RM330 juta
                                                                                              ______________

Anggaran hutang kini                                                            RM2.933 billion

Sebelum 2008, baki hutang awam Kerajaan Negeri Kedah adalah RM2 billion (menurut laporan Audit Negara 2011 yang dilampirkan di sini).

Maka hutang kerajaan negeri Kedah bakal mencecah RM3 billion (kenaikan hampir RM1 billion atau hampir 50% selepas PAS/Pakatan ambilalih pentadbiran negeri Kedah).  Tetapi baki wang tunai hanya tinggal RM193.22 juta.

Kami juga telah mendapati bahawa anak syarikat Bina Darulaman Berhad iaitu Kedah Sato Sdn Bhd telah mengambil pinjaman bank sebanyak RM330 juta untuk membiayai pembinaan kampus utama KUIN. Bayaran ansuran hampir RM50 juta setahun bagi pinjaman tersebut bakal bermula tahun ini.

Kerajaan Negeri Kedah juga telah mengumumkan belanjawan 2013 defisit berjumlah RM1.1 billion berbanding anggaran hasil RM640 juta. Jumlah peningkatan sebanyak RM105.6 juta tersebut dikatakan akan disumbangkan oleh hasil premium tanah serta bayaran jualan air mentah kepada SADA dan Kerajaan Pulau Pinang. Tetapi selepas dibentangkan belanjawan tersebut, kerajaan Pulau Pinang telah menolak jualan air mentah dari Kerajaan Kedah.

Oleh yang demikian, Pemuda Gerakan Kedah amat bimbang dengan keadaan kewangan kerajaan negeri Kedah dengan beban hutang yang hampir mencecah RM3 billion pada masa ini tetapi baki wang tunai hanya tinggal RM193.22 juta.

Kami memohon agar Kerajaan Negeri Kedah akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan beban hutang yang telah meningkat hampir RM1 billion, iaitu hampir 50% sejak pentadbiran di bawah kerajaan PAS/Pakatan.

Beban hutang kerajaan negeri Kedah dapat dikurangkan sekiranya:-

1.                  pentadbiran negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; dan

2.          membuat kajian teliti sebelum membuat apa-apa pelaburan agar tidak mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan negeri.

Kami berharap YAB akan mempertimbangkan perkara di atas bagi menjamin masa hadapan negeri Kedah.

Sekian, terima kasih.

Bagi pihak Pemuda Gerakan Kedah,




________________           
TAN KENG LIANG
Ketua Pemuda Gerakan Kedah

No. 5, Tingkat 2, Jalan Tengah,
Off Jalan Putera,
05100 Alor Setar, Kedah.