29 April, 2011

PKR BIADAP DEMONSTRASI DI DALAM MASJID


Saya merujuk kepada tindakan ahli-ahli serta beberapa pemimpin PKR yang telah mengadakan demostrasi di dalam sebuah Masjid di Sentul, Kuala Lumpur pada hari ini.

Ini berikutan bantahan mereka terhadap suatu upacara “Sumpah Laknat” yang akan diadakan di dalam Masjid tersebut.

Demostrasi tersebut telah mengakibatkan huru-hara di dalam Masjid tersebut pada hari ini.

Seperti yang diketahui PKR, Masjid merupakan tempat beribadat bagi orang-orang Muslim di negara kita. Ia merupakan suatu tempat suci yang harus dihormati oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik mereka.

Pemuda Gerakan Kedah berasa kesal terhadap tindakan PKR mengadakan demostrasi di dalam sebuah Masjid pada hari ini.

Sungguhpun PKR ingin membantah apa-apa upacara dalam sebuah Masjid, mereka harus melakukan dengan cara yang beradat dan di tempat yang bersesuaian. Mereka tidak harus mengadakan demostrasi di dalam mana-mana tempat beribadat, termasuk Masjid. Ini bukan amalan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR juga turut terlibat dalam demostrasi semasa hari kedua Tahun Baru Cina dalam isu negara Mesir.

PKR harus berprihatin dan menghormati adat dan agama semua rakyat Malaysia.

Saya dengan ini mengesa agar kepimpinan Pakatan Rakyat untuk:-

1. memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia kenapa PKR mengadakan demostrasi di dalam sebuah Masjid pada hari ini; dan

2. memberi jaminan bahawa PKR akan menghormati adat & agama semua rakyat Malaysia serta undang-undang negara semasa mengadakan apa-apa demostrasi.