23 October, 2009

Pelepasan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Untuk Pelajar Kelas Pertama

Saya merujuk kepada pembentangan Budget 2010 hari ini oleh Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Bagi pihak Pemuda Gerakan Kedah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, selaku Menteri Kementerian Pengajian Tinggi atas pelepasan pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi pelajar-pelajar yang memperolehi Kelas Pertama di Universti-universiti tempatan bermula tahun hadapan.

Pelepasan pembayaran balik tersebut telah ditamatkan sejak 3 tahun dahulu. Pemberian semula pelepasan tersebut, dengan menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa, merupakan suatu pengiktirafan ke atas pencapaian pelajar-pelajar cemerlang di universiti tempatan yang memperolehi ijazah Kelas Pertama.

Sungguhpun kerajaan tidak memberi diskaun 30% ke atas pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi pelajar-pelajar yang memperolehi ijazah Kelas Kedua-Atas (seperti yang dicadang oleh kami sebelum ini), saya percaya bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan sedemikian apabila situasi kewangan PTPTN bertambah baik (seperti diulas oleh Dato Seri Mohamed Khaled Nordin pada Mei 2009 lalu)*.

Rujukan:-
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/5/10/education/3848450&sec=education#
http://tankengliang.blogspot.com/2009/06/allocation-of-budget-to-help-young.html
http://tankengliang.blogspot.com/2009/05/my-letter-to-ds-khaled-nordin-to.html
http://tankengliang.blogspot.com/2009/05/response-to-ministry-of-higher.html