29 September, 2010

KENAIKAN CAJ AIR KEDAH HARUS DIBATALKAN, SEKIRANYA PR PRIHATIN RAKYAT KEDAH


Saya merujuk kepada keputusan Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) untuk menaikkan tariff air di Kedah mulai 1 Oktober, 2010.

Menurut kenyataan oleh wakil SADA pada hari ini:-

1. secara keseluruhan, purata kenaikan caj kepada pengguna domestik adalah sekitar 27 peratus dan nilainya antara RM3.00 hingga RM8.00; dan
2. Ia melibatkan sebanyak 457,707 akaun (sehingga Ogos tahun ini).
[ Sumber: www.wartakedah.net ]

Pada December, 2009 lalu, Pakatan Rakyat telah berjanji di dalam Dasar Bersama mereka (para. H) bahawa:-
(a) penyediaan dan penyenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan;
(b) perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat; dan
(c) menjamin bekalan air bersih dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Pemuda Gerakan Kedah berasa kesal bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telah gagal untuk menunaikan janji-janji mereka yang termaktub di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Kenaikan caj air sekitar 27 peratus sememangnya akan membebankan rakyat Kedah.

Seperti yang telah disasarkan oleh Pemuda Gerakan Kedah pada awal tahun ini, proses pengkorporatan jabatan bekalan air sebagai SADA oleh Pakatan Rakyat akan membebankan rakyat Kedah, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Pada masa tersebut, kerajaan Kedah telah menafikan apa-apa niat untuk menaikkan tarif air.

Pakatan Rakyat harus sedar bahawa rakyat Kedah, terutamanya golongan berpendapatan rendah akan menjadi mangsa utama kepada proses kenaikan tariff air Kedah.

Pemuda Gerakan Kedah menyeru agar Pakatan Rakyat berprihatin terhadap rakyat Kedah dan tidak mengambil keputusan yang membebankan rakyat Kedah.

Sekiranya Pakatan Rakyat berprihatin terhadap rakyat Kedah dan ikhlas terhadap janji-janji di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat, maka kerajaan negeri Kedah harus mengambil langkah dengan serta merta untuk mengarahkan SADA untuk membatalkan kenaikan tariff air.