12 March, 2012

KETUA MENTERI PULAU PINANG HARUS PERJELAS KESAN ALAM SEKITAR KILANG MENGHASIL PANEL SOLAR (PHOTOVOLTAIC)

Saya merujuk kepada keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk membenarkan sebuah syarikat asing untuk membina sebuah kilang untuk menghasilkan panel solar (photovoltaic) & komponennya di Batu Kawan.

Pada 9 Mac, 2012, BOSCH Solar Energy telah dilaporkan membayar RM11.6 juta sebagai 20% bayaran pendahuluan bagi pembelian tapak kilang 32.3 hektar di Batu Kawan.

[ Sumber: The Star 9 Mac, 2012 ]
Link: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/3/9/north/10831641&sec=north

Pada tahun lepas, sebuah kilang di negara China yang juga menghasilkan panel solar (photovoltaic) dan komponennya telah menerima bantahan dari ramai penduduk tempatan. Ia telah dilaporkan bahawa kilang sedemikian telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar, termasuk pencemaran sungai dan udara di persekitaran kilang tersebut.

[ Sumber: The Guardian 18 September, 2011 ]
Link: http://www.guardian.co.uk/world/2011/sep/18/chinese-solar-panel-factory-protest

Saya setuju bahawa penggunaan solar untuk menjana elektrik merupakan suatu sumber tenaga yang bersih dan tidak menjejaskan alam sekitar.

Tetapi ia juga merupakan fakta bahawa proses menghasilkan panel solar (photovoltaic) dan komponennya mempunyai kesan buruk terhadap alam sekitar.

Dalam hal ini, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng perlu berterus terang dengan rakyat apakah kesan-kesan alam sekitar yang mungkin dialami akibat kilang penghasilan solar panel (photovoltaic) yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Beliau juga harus memperjelaskan apakah langkah yang bakal diambil oleh Pakatan Rakyat untuk mengelak pencemaran alam sekitar seperti yang telah berlaku di negara China akibat kilang solar panel (photovoltaic) sedemikian.