Saya merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agong DAP
YB Lim Guan Eng pada 12 Mei, 2012 di mana beliau telah mengisytiharkan pemboikotan DAP terhadap Panel Bebas
untuk menyiasat keganasan semasa demo jalan Bersih 3.0.
Sila
rujuk kenyataan penuhnya di:-
Pada
28 April yang lalu, kita telah lihat demo jalan Bersih 3.0 yang mengakibatkan
huru-hara di bandaraya Kuala Lumpur di sekitar Dataran Merdeka. Pihak penganjur
Bersih 3.0 pada sebelum itu telah berjanji akan mengadakan perhimpunan aman.
Bersih
3.0 telah disokong oleh Pakatan Rakyat termasuk parti DAP, sungguhpun bekas
Senator DAP Tunku Abdul Aziz telah menasihati risiko dan bahaya demo jalan
sedemikian.
Dalam
hal ini, DAP tidak harus memboikot Panel Bebas untuk menyiasat keganasan semasa
demo jalan Bersih 3.0 atas tanggapan peribadi mereka bahawa panel siasatan
tersebut tidak bebas.
Kita
dapat lihat Panel Bebas tersebut disertai orang dari pelbagai sektor, termasuk dua
(2) orang wakil bebas dari sektor media iaitu Ketua Eksekutif Kumpulan Media
Karangkraf (Sinar Harian), Datuk Husammuddin Yaacob dan Penasihat Undang-Undang
Media Chinese International, Liew Peng Chuan.
Sebaliknya,
DAP merupakan salah suatu pihak yang telah menyokong Bersih 3.0 dan pemimpinnya
juga turut terlibat dalam demo jalan tersebut. DAP sebenarnya mempunyai kepentingan dalam hal ini dan pandangan mereka
bukannya sebagai pihak bebas (non-independent).
Pemuda Gerakan Kedah menyeru agar DAP
memberi kerjasama penuh kepada Panel Bebas tersebut agar kebenaran dapat
diketahui oleh rakyat punca sebenar keganasan semasa demo jalan Bersih 3.0.
Kami
berharap DAP tidak akan menghalang mana-mana pihak dari membantu siasatan Panel
Bebas tersebut.