Saya merujuk kepada isu pembelian saham Felda Global
Ventures Holdings Berhad (“FGVH”) oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah memohon
untuk 1 juta saham FGVH dan berjaya membeli 500 ribu saham tersebut pada harga
RM4.55 sesaham.
Saham FGVH kini telah naik hampir RM5.40 sesaham
iaitu kenaikan hampir 20%.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah mengkritik
penyenaraian Felda di dalam Bursa Malaysia.
Dalam hal ini, Pemimpin Pakatan Rakyat juga telah
mengkritik pembelian saham FGVH oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Pada hari ini, Menteri Besar Kedah Dato Seri Azizan
Abdul Razak berkata PKNK akan diarahkan untuk menjual saham FGVH yang
dimilikinya.
Pemuda Gerakan Kedah berpendapat bahawa pembelian saham FGVH oleh Kerajaan Negeri
Kedah adalah tidak salah.
Dalam
semangat 1Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah juga berhak untuk kongsi pencapaian
Felda dan menikmati kejayaannya di bawah kerajaan Barisan Nasional.
Pembelian saham FGVH oleh PKNK (yang dipengerusikan
oleh Menteri Besar Kedah Dato Seri Azizan Abdul Razak) telah berjaya meraih
keuntungan hampir 20% sejak penyenaraiannya di Bursa
Malaysia
pada 28 Jun lepas.
Kerajaan Negeri Kedah tidak perlu terikut-ikut dengan
hasutan Pakatan Rakyat terhadap Felda.
Keputusan Kerajaan Negeri Kedah harus berdasarkan
kepentingan rakyat dan bukannya tunduk kepada desakan politik yang tidak logik
dari Pakatan Rakyat.