Dipetik dari Sidang Media Pemuda Gerakan Kedah pada pagi ini
Latar Belakang:-
(i) Kerajaan Kedah telah membuat garis
panduan baru bagi persembahan hiburan terbuka dalam negeri Kedah (“Garis
Panduan tersebut”). Tidak diketahui sejak bila garis panduan tersebut
diluluskan kerajaan negeri Kedah.
(ii) Garis Panduan tersebut perlu dipatuhi
untuk semua persembahan hiburan terbuka di negeri Kedah dan bukan sahaja bagi
persembahan Tahun Baru Cina.
(iii) Pada 15 Januari, 2013, Menteri Besar
Kedah menegaskan bahawa program sambutan Tahun Baru Cina boleh diteruskan
tertakluk kepada:-
“setiap peserta
yang terlibat dengan persembahan di pentas pada program tersebut sama ada
lelaki atau perempuan (kanak-kanak dan dewasa) mestilah berpakaian dengan sopan
atau tidak menjolok mata”.
(iv) Kerajaan Negeri Kedah juga berkata
kelonggaran akan diberi bagi sambutan perayaan keagamaan dan budaya bagi kaum Cina, India
dan Siam.
Isu:-
1. Pihak Pemuda Gerakan Kedah tiada
bantahan kalau kerajaan Negeri Kedah ingin menetapkan garis panduan untuk
pakaian sopan bagi hiburan terbuka.
2. Tetapi kenapa Kerajaan Negeri Kedah
masih enggan membatalkan Garis Panduan tersebut khususnya:-
(a) larangan penyanyi wanita dewasa membuat persembahan umum. Hanya
penyanyi lelaki atau penyanyi wanita di peringkat umur persekolahan sahaja
dibenarkan.
(b) penyanyi hanya
dibenarkan menyumbang nyanyian dengan iringan muzik minus one (ertinya “live band” akan dilarang).
(c) penyanyi hanya boleh mempersembahkan lagu-lagu yang berunsurkan
“ketuhanan” ataupun nasihat.
3. Larangan ini terpakai kepada orang
bukan Islam di negeri Kedah dan adalah tidak wajar.
4. Kenyataan Menteri Besar Kedah hanya
menyatakan persembahan bagi Sambutan Tahun Baru Cina dibenarkan tertakluk
kepada pemakaian sopan. Tetapi kenyataan beliau tidak secara khusus membatalkan
semua syarat-syarat lain dalam Garis Panduan tersebut.
5. Pemuda Gerakan Kedah menggesa agar
Menteri Besar Kedah memberi kenyataan yang jelas untuk:-
(a) membatalkan semua Garis
Panduan tersebut bagi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh orang bukan Islam
(kecuali garis panduan untuk pemakaian sopan yang tidak menjolok mata); dan
(b) memberi jaminan kepada
rakyat Kedah bahawa polisi-polisi sedemikian tidak akan lagi diperkenalkan oleh
kerajaan Pakatan Kedah.
6. Garis Panduan tersebut mencabul hak
asasi rakyat Kedah dan satu lagi usaha PAS Kedah untuk memaksa polisi mereka ke
atas pihak lain.
7. Menteri Besar Kedah harus selesaikan
isu ini dengan serta-merta bagi semua orang di Kedah dan bukan sahaja untuk
Tahun Baru Cina.
8. Kerajaan Pakatan Kedah perlu membuat
ketetapan akhir dan bukannya keputusan sementara yang tidak jelas (“there must
be finality on the issue, not just temporary vague decision”).