26 January, 2013

JANJI CUTI HARI THAIPUSAM MASIH ENGGAN DITUNAIKAN KERAJAAN KEDAH




Saya merujuk kepada hari Thaipusam yang bakal disambut oleh rakyat pada esok 27 Januari, 2013.

Pada pilihanraya lalu pada 2008, Pakatan Rakyat telah berjanji untuk mengistiharkan hari Thaipusam sebagai satu cuti umum dalam negeri Kedah.

Hari Thaipusam disambut oleh semua masyarakat Hindu dalam negeri Kedah dan adalah perayaan kedua penting selepas Hari Deepavali.

Tetapi malangnya, selepas hampir 5 tahun memerintah Kedah, Pakatan Rakyat masih enggan menunaikan janji mereka.

Kami difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah tidak akan mengistiharkan hari Thaipusam (yang akan berlangsung esok) sebagai cuti umum negeri.

Pemuda Gerakan Kedah kesal dengan janji kosong Pakatan Rakyat yang telah diberi kepada rakyat Kedah semata-mata untuk meraih undi pada pilihanraya 2008.

Oleh yang demikian, pihak kami berharap Menteri Besar Kedah Dato Seri Azizan Abdul Razak berterus terang dengan rakyat Kedah, terutamanya masyarakat Hindu samada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah masih berpegang kepada janji mereka untuk mengistiharkan Hari Thaipusam sebagai cuti umum negeri Kedah.

Jangan lagi Pakatan Rakyat beri harapan kosong kepada rakyat Kedah.