08 January, 2011

Hormati Negara Sebagai Negara Adil & Berdemokratik

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) Shamsul Iskandar Akin yang mengkritik nasihat Dato Seri Najib Razak yang mencadangkan agar isu Dato Seri Rais Yatim disiasat sebelum dihakimi oleh mana-mana pihak.

[ Sumber: www.malaysia-chronicle.com ]

Saya berasa kesal bahawa AMK tidak dapat menerima nasihat yang munasabah daripada Perdana Menteri Malaysia.

Di dalam mana-mana negara yang adil dan demokratik, mana-mana pihak tidak boleh dihakimi sehingga siasatan dan perbicaraan dijalankan ke atas dakwaan tersebut.

Walaupun Pakatan Rakyat “terlalu ingin sangat” menakluki negara, ia tidak boleh sehingga mengabaikan nasihat untuk menghormati sistem perundangan sebuah negara yang adil dan berdemokratik.

Dalam hal ini, pembantu rumah Dato Seri Rais Yatim telahpun menafikan dakwaan rogol tersebut semalam.

Saya berasa insiden ini jelas menunjukkan bahawa politik negara kita berada di paras yang amat rendah sehingga terdapat pihak yang sanggup membuat dakwaan palsu ke atas pemimpin-pemimpin Barisan Nasional bagi agenda politik peribadi.

Pihak-pihak tersebut kini cuba menanam suatu pandangan di dalam rakyat bahawa semua pemimpin-pemimpin Barisan Nasional adalah penjenayah dan apa-apa perbicaraan tidak diperlukan. Adakan ini merupakan keadilan & demokrasi yang dimaksudkan oleh Pakatan Rakyat?

Insiden ini juga telah “secara tidak adil” menjejaskan nama baik Dato Seri Rais Yatim serta keluarga beliau.

Saya berasa sedih bahawa terdapat golongan tertentu di antara rakyat kita yang sanggup menggunakan apa jua kaedah untuk mencapai matlamat politk mereka, biarpun ia merupakan suatu tindakan yang tidak beretika.

Saya berharap pihak-pihak tersebut akan menghentikan perkara sedemikian yang hanya akan menjejaskan nama baik negara sebagai sebuah negara yang adil dan berdemokratik.