Saya merujuk kepada demostrasi yang telah dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (“Bersih”) pada 28 April, 2012 di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur yang menghala ke Dataran Merdeka.
Pihak kami telah mendapati terdapat anak-anak kecil yang telah dibawa untuk mengikuti demostrasi jalan tersebut.
Ada di antara anak-anak kecil tersebut yang dianggarkan berumur kurang dari 3 tahun.
Sila lihat video dan gambar dari pautan berikut:-
http://www.youtube.com/watch?v=1Yz8uC4zm2Q [ minit 0.42 ]
http://yfrog.com/odu15mpj
Pemuda Gerakan Kedah mengecam tindakan pihak penganjur Bersih yang tidak mengambil langkah proaktif untuk memastikan orang-orang mereka tidak membawa anak-anak kecil ke demostrasi jalan tersebut.
Demostrasi jalan tersebut tidak sesuai untuk disertai oleh anak-anak kecil.
Kita telah lihat keadaaan huru-hara yang telah diakibatkan oleh demostrasi Bersih.
Dalam memperjuangkan apa-apa agenda, Bersih harus berprihatin terhadap keselamatan anak-anak kecil dan anak-anak muda.
Saya berharap penganjur Bersih akan memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi.