16 April, 2012

Program Bicara Rakyat RTM Bukan Debat ---- Kalau YB Fuziah Salleh ingin debat, saya tetap sahut

Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen PKR YB Fuziah Salleh yang disiarkan dalam Malaysiakini kelmarin berhubung forum Bicara Rakyat (pada 16 Mac) bagi isu kilang Lynas di Gebeng, Pahang.

Sumber: Malaysiakini, 15 April, 2012
Pautan: http://malaysiakini.com/news/195084

1. Saya merupakan salah satu ahli panel bagi program Bicara Rakyat tersebut bersama YB Fuziah Salleh dengan Ketua Pengarah AELB Raja Abdul Aziz.

2. Program Bicara Rakyat tersebut merupakan suatu Forum bagi membincangkan isu kilang Lynas. Ia bukannya suatu “debat” seperti yang didakwa oleh YB Fuziah Salleh.

3. Sebaliknya, debat antara saya dengan YB Fuziah Salleh tidak pernah diadakan berhubung isu Lynas, walaupun ia pernah dipersetujui oleh beliau dalam bulan Mac, 2012 atas anjuran Anas Zubedy.

Sumber: Blog Penganjur, Anas Zubedy
http://letusaddvalue.blogspot.com/2012/03/yb-fuziah-salleh-tan-keng-liang-debate.html

4. Debat tersebut sebenarnya telah dibatalkan setelah YB Fuziah Salleh tarik diri. Ini adalah selepas pihak penganjur menetapkan kedua-dua pihak perlu membawa seorang pakar sains untuk menyokong pandangan pihak pendebat.

5. Dalam isu RTM masih tidak menyiarkan forum Bicara Rakyat tersebut, saya berpendapat ini adalah keputusan atas budi bicara penganjur.

6. Saya berharap YB Fuziah Salleh tidak lagi mengeluarkan kenyataan prejudis dan tidak berasas terhadap mana-mana pihak dalam forum Bicara Rakyat tersebut untuk kepentingan politik.

7. Namun, sekiranya YB Fuziah Salleh masih ingin berdebat dalam isu Lynas, maka saya tetap menyahut cabaran beliau untuk memberi fakta tepat kepada rakyat.