04 February, 2011

PEMIMPIN PAS & PKR BIADAP DEMONSTRASI PADA HARI KEDUA TAHUN BARU CINA




Saya merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin dan ahli PAS dan PKR yang telah berdemonstrasi di kedutaan Mesir hari ini, iaitu hari kedua perayaan Tahun Baru Cina.

Sepertimana yang diketahui, perayaan Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan utama kaum Cina di negara kita. Ia juga dihayati bersama oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Pemuda Gerakan Kedah berasa kesal terhadap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS dan PKR yang telah berdemonstrasi pada hari ini, iaitu hari kedua perayaan Tahun Baru Cina.

Ini merupakan suatu tindakan biadap dan tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.

Hari kedua Tahun Baru Cina juga merupakan suatu cuti umum bagi semua rakyat Malaysia. Tindakan PAS dan PKR tersebut telah membebankan kakitangan awam seperti pihak polis yang terpaksa bekerja lebih masa.

Di Malaysia, rakyat tanpa mengira kaum dan agama menziarahi saudara-mara serta kawan-kawan mereka pada dua hari yang pertama Tahun Baru Cina. Ini termasuk menghadiri rumah terbuka perayaaan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh pelbagai pihak

PAS dan PKR harus berprihatin dan menghormati adat semua rakyat Malaysia, termasuk perayaan Tahun Baru Cina.

Saya mendesak kepimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan kenapa PAS dan PKR memilih hari kedua Tahun Baru Cina untuk berdemonstrasi di depan kedutaan Mesir.