30 November, 2010

KENAIKAN 100% TARIF AIR KEDAH BAGI PENGGUNA AIR KECIL BAKAL BEBANKAN GOLONGAN MISKIN






Setelah sebulan sejak pengumuman tersebut dibuat, rakyat Kedah telah menerima bil air bagi bulan November, 2010 dan mengandungi maklumat terperinci kenaikan tarif air tersebut.

Dari aduan yang terima, Pemuda Gerakan Kedah telah mendapati bahawa bagi pengguna kediaman:-

1. kenaikan tarif air tersebut paling membebankan rakyat miskin dan pengguna air kecil negeri Kedah. Tarif penggunaan air di bawah 8 meter padu sebulan akan dinaikkan sehingga 100%. Ini disebabkan kadar minima bil air telah dinaikkan dari RM3kepada RM6.

2. tarif bagi pengguna air antara 40 hingga 60 meter padu sebulan akan dinaikkan antara 36% hingga 40%.

3. kesan kenaikan tarif air tersebut secara keseluruhannya adalah sebenarnya antara 25% sehingga 100%. Ia bukannya hanya di lingkungan 27% hingga 44% sahaja seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sesalinan analisis kami disertakan bersama, termasuk salinan maklumat bil air lama dan baru.

Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah harus berterus terang terhadap kesan kenaikkan tarif air.

Saya berasa adalah tidak adil bagi kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah untuk membebankan rakyat terutamanya golongan yang miskin dan pengguna air kecil.

Kenaikan sebanyak 100% terhadap pengguna air kecil dan golongan miskin adalah langsung tidak logik. Kerajaan negeri Kedah seharusnya menjalankan kajian yang teliti sebelum melaksanakan apa-apa polisi baru agar ia tidak membebankan golongan yang miskin.

Tambahan lagi kenaikan tarif air negeri Kedah adalah terlalu mendadak dan membebankan semua rakyat Kedah.

Syarikat Air Darulaman juga telah mensasarkan keuntungan RM16 juga bagi tahun depan. Kerajaan negeri Kedah tidak seharusnya terlalu menumpu terhadap keuntungan sehingga mengenepikan kebajikan dan membebankan rakyat negeri Kedah.

Oleh itu, saya mendesak agar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah akan:-

1. membatalkan kenaikan kadar minima bil air Kedah tersebut dari RM3 kepada RM6; dan

2. mengkaji semula kenaikan tarif air negeri Kedah.